The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

Reviu Perlawanan Piala FA RO16 (1) | Malaysian University 1-3 Selangor FC | Selangkah Ke Suku Akhir Piala FA

Aug 17, 2025 - FAS

Selangor FC mendahului perlawanan pertama Pusingan 16 saingan Piala FA 2025/26 dengan keputusan 3-1 menentang Malaysian University di Stadium MBPJ.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi, membuat rombakkan besar daripada perlawanan sebelum ini. Faisal Halim, Kapten skuad Gergasi Merah, membuka akaun jaringan beliau dengan dua jaringan dalam aski #MUFTSFC pada minit keempat selepas mendapat leretan tepat daripada Izwan Yuslan dan ke-44 yang di ‘assist’ oleh Noor Al Rawabdeh. Selain itu, satu lagi gol telah dijaringkan oleh Alvin Fortes, pemain import terbaik musim lalu pada minit ke-24 selepas menerima hantaran daripada rakan senegaranya, Omid Musawi. Namun, pada minit ke-83, Malaysian University berjaya menjaringkan gol untuk di bawa ke perlawanan kedua Pusingan 16 Piala FA nanti.

Semasa sidang media, Katsuhito Kinoshi menyatakan beliau gembira dengan kemenangan ini tetapi masih tidak berpuas hati dengan keputusan bolos.

“Saya gembira dengan kemenangan semalam walaupun kita  bolos satu gol, sudah semestinya perkara ini tidak sepatutnya berlaku tetapi kita perlu belajar daripada perlawanan ini dan memperbaiki untuk aksi seterusnya,” jelas beliau

Seterusnya, Selangor FC akan bertemu Buriram United pada 20 Ogos di Stadium Buriram, Thailand jam 8 malam (waktu Malaysia) bagi perlawanan pertama saingan Piala Shopee 2025/26. 

Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan terus pandang ke hadapan dan terus perbaiki diri untuk berjuang sehingga hujung musim. Ayuh Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!